Sunday 3 January 2010

akita's 7

ha,poster terbaik.


setelah selamat pulang ke bilik manis bilik,ada sedikit masa untuk dibuang.
cuti fuyu (winter) dihabiskan di akita untuk bersnowboard bersama rakan taulan. 4hari kot. hm. walaupun waktu singkat,actually satu perjalanan yang jauh.

first step pun diposterkan.

kerana nak saving bajet,langkah pertama bermula dengan train. train yang paling murah menjadi plihan.


tengah tunggu member.masih sempat di situ.

dah murah,semestinya lembab kan. lembab ke lembap? ah,slow la,kan senang. 3 jam lebih ok.
dah turun train,naik bas pulakkkkkk. tak sampai2 lg ni. perjalanan bas pun 3 jam jgkkkk.
dah smpai tu kat tempat member,makan makan. yela,sehari suntuk tak makan.

next day,apa lagi. aktiviti snowboard la. bertempat di yokote ski jou.


singgah sebentar makan sebab memang tak makan pagi sebelum bersnowboard.

awal awal,bersnowboard sikit,jatuh. bersnowboard sikit,jatuh. tapi makin lama makin ok la.haha. ayat nak sedapkan hati.


dah penat lelah main snowboard,next day, jalan jalan tanpa masa depan dan arah tuju. pergi jusco,lepak lepak,beli la sikit cenderahati untuk diri sendiri. yela,duit kan tak ada. last last,pergi round1,main bowling. memang suka menghabiskan duit yang tak seberapa nak ada ni.

bila malam kunjung tiba, bermula la aktiviti yang bermoral tapi agak gila. pergi tengah padang,buat snowman 3 ketul. 3 ketul tu meaning 3 orang la. baru aku tau actually nak buat snowman, kena golek2 salji dari kecik tu,sampai jadi besar. bukannya kepal kepal(betul ke word ni) macam buat aiskrim kepal.



orang salji dan keluarga.

bunyi macam senang,golek golek je kan. tapi dengan angin sejuk salji bersuhu -2 celcius,salji masuk dalam seluar baju semua, dan menjadi budak hingusan (sebab air hidung keluar tanpa disedari ye,sejuk sssssangat). nak golek bola salji tu bukan 10 meter golek terus jadi besar sedepa. ni hampir 100meter kot baru jadi besar. time bola salji kecik mmg senang la nak golek,tapi bila dah agak2 besar sepemeluk tu,nak tolak bola salji pon kena 2 orang tolak. bayangkan kalau nak buat 6,7 biji bola salji besar besar. seperti berlari maraton 5 km. hiperbola kan.


semua tengah masuk air. maka jadi begini.


setelah menggila di tengah padang,terus masuk bilik, lepak lepak,panaskan badan. then tdo bersepah sepah dalam bilik.
esok,bajet nak bangun awal,naik bas yang awal la. sebab nak balik.
bila nawaitu dah ada,dah kira bagus. sebab esok tu bangun tetap lewat dari yang dirancang. dan seperti sudah mengetahui,naik je bas yang tengah hari. bas pulak slow,sebab ribut salji. so,bila bas dah lewat,maka train the next train untuk pulang pun terpaksa cari yang lambat.

tido dalam train,sebab dah lewat,and tak ada orang.

akhirnya,hampir 10 jam,ye, 10 jam ok. baru sampai ke bilik manis bilik. ahh home sweet home.

No comments:

Post a Comment