Friday 29 January 2010

Kalau tak tanya, tak menang!

dum dam dum dam bunyi mercun.
tiba tiba dah kembali ke hari jumaat.
meaning, class dah abis for this week.
dan bermula cuti hujung minggu yang tak seperti cuti agaknya.
ok. 

report 2 ketul - siap.
renew visa - siap.
study - harapan tinggi mengunung untuk start malam ini.
presentation kenkyuu - dimulakan dengan niat. dan bismillah.
bodek lecturer - on the way.
ada pulak kerja time class tadi tak siap lagi. hadoi.

preview Ipad? zassss. tunggu kejap.

Thursday 28 January 2010

-tekan-pergi mandi-ting! siap-


The Pop-Up Hot Dog Cooker
a must have item?? haha. ikut hati masing masing. tapi bendalah ni menarik. 
bangun pagi, sumbat segala bun, hotdog dalam bendalah ni-tekan-pergi mandi-ting! siap-bleh makan sambil pakai tuala. ha as simple as 123.

tapi yang menarik lagi, Ipad. wow. 
next up, Apple Ipad. zassssss.

Saturday 23 January 2010

Apple iPhone 4G

tu dia. sudah mari. apple iphone 4G.
belum sampai setahun lagi apple brought up iphone 3GS, tup tap tup tap,
amek kau, iphone 4G.

so,here are some points of the specs and tech. maybe all these are only rumors,
never know til apple releasekan bendalah ni.

  • Better camera with upgraded 5.0 megapixels
  • LED flash
  • OLED screen
  • Removable battery (still a mystery)
  • A different casing
  • Better storage capacity 64GB 
  • Front camera/video camera (70%)
  • Dual-core processor and more RAM (80%)

mungkin, ya maybe akan dikeluarkan in june or july. or early may.
5.0 megapixels + LED flash sama macam nexus One. so, cuma OLED screen yang nampak menarik tertarik dan boleh potong tang corner. (potong nexus one ok.)
64gb still sama dengan toshiba 64gb embedded NAND flash memory module. so,tak boleh potong tang corner.

tapi,tak lama la lagi nak tau the real specs. so sabar. to whoever yang terasa nak beli 3GS,sila fikir 2 kali.
sbb aku pon da terbeli 3G. so sabar til June ni. wokey.



esok ada futsal tournament. jom main winning eleven!


Thursday 21 January 2010

Out of the blue

tiba tiba nak tuka url kan
ha,tuka je la.
dah belog aku punya.

cis,bulan februari,bulan yang paling ditunggu akhirnya kunjung tiba.
sangat busy.
  • report yang delay sejak tahun lepas
  • exam
  • dah exam,takkan lepak je kan. study la.
  • kenkyuu seminar + presentation
  • renew visa
semua dalam 3 minggu. ok jom buat keja.

Sunday 17 January 2010

Jom try!

sila tengok sehingga habis kerana part last tu yang tidak patut dilepaskan.



fua-kin.

Thursday 14 January 2010

aku addicted. tidak mampu lagi.

wah tajuk entri. manglish. bangga jadi rakyat malaysia.
tak,actually aku addicted tengok series/drama semenjak dua menjak ni. dah tahap gaban dah kemaruk tengok tv series ni.
dalam 4,5 hari je,aku dah abihkan 3 season dexter. bkn season 3, tapi 3 season ok. di selang seli dengan siri komedi the big bang theory, two and a half man, better off ted.
korang tengok tak cite ni? boleh dikatakan hebat jugak drama ni.
hari keenam, sudah mencapai episod 7 season 4,terhenti sekejap tengok drama,sebab ade problem sket nak booking tiket flight. hampir setel problem di situ.

ok,list drama/siri dan etc yang aku tengok/layan.mari kita tengok apa kata survey! saya putar halimmmmm!! wang besar wang besar!!
  1. american chopper ( tapi torrent untuk season baru tak jumpa pon)
  2. better off ted
  3. bored to death ( ya,bila bosan,tengok cite ni)
  4. CHUCK (terbaik)
  5. cougar town (jiwa kacau)
  6. deadliest catch ( ya,boleh tangkap ketam lepas grad nanti)
  7. DEXTER
  8. gossip girl (howt!)
  9. mythbusters (b0leh ambik idea nak buat assignment nanti)
  10. PRISON BREAK (mana tau aku masuk penjara nanti)
  11. top gear
  12. THE BIG BANG THEORY (buzzinga!)
  13. two and a half men
hidup lebih mudah apabila senarai mengikut alphabet.

Thursday 7 January 2010

Aku punya suka la

dah ramai dah jadi macam ni. memang kadang kadang kita dalam tidak sedar memhidap penyakit yang semakin merebak pantas ini. simptom (ya,aku pelik jugak ejaan simptom). ok dah. simptom penyakit ini tak banyak. memang senang nak tahu kalau diri dah terkena penyakit ni.
  • kalau pergi mana mana tempat yang popular, as in tempat tarikan pelancong (wah ,ayat...pelancong kann),or lebih teruk lagi tempat biasa yang tidak ada makna sentimental(sentimental value), gambar kita melompat sambil buat muka cool habis mesti ada. YA. GAMBAR LOMPAT.
bukan lompat parti ya. jauh bunyi menyimpang. penyakit misteri ini adalah ambil gambar mesti nak lompat jugak. lantaklah orang nak tengok ke,nak gelak ke. janji aku lompat,aku rasa best. sebab trend ni bukan baru start ye, sejak zaman The Beatles lagi. tak percaya?












ya. kalau google lagi cover album the beatles,memang ada cover yang macam ini. so sebenarnya tak ada masalah pon. cuma aku kadang kadang nak tau jugak kenapa perlu lompat?
sebab aku pun suka gambar lompat lompat! (bunyi macam #$&*# okay) haha

Wednesday 6 January 2010

Tiada lagi Tummy Trim!

good one la. petua kuruskan badan. without swallowing any meds,any food,or exercise.
tidak ada logika?illogical?δΈεˆη†?keep reading.

  1. Smelling bananas and/or green apples (smelling, not eating) can help you lose weight! kini tiada lagi tummy trim! haha
  2. Thomas Edison, lightbulb inventor, was afraid of the dark! yes, the famous inventor.
  3. A duck’s quack doesn’t echo. No one knows why.
  4. Alexander Graham Bell, the inventor of the telephone, never phoned his wife or his mother. They were both deaf.
  5. Bruce Lee was so fast that they actually had to SLOW a film down so you could see his moves. That’s the opposite of the norm. ya, superfast okay.
  6. Flying from London to New York by Concord, due to the time zones crossed, you can arrive 2 hours before you leave. back from the future?? niceeeee
  7. If a statue in the park of a person on a horse has both front legs in the air, the person died in battle; if the horse has one front leg in the air, the person died as a result of wounds received in battle; if the horse has all four legs on the ground, the person died of natural causes. really?
  8. Michael Jordan makes more money from Nike annually than all of the Nike factory workers in Malaysia combined.
  9. No matter its size or thickness, no piece of paper can be folded in half more than 7 times. try it if u feel u can beat 7.
title tak related sangat kan. haha. aku punya blog,aku punya suka la. wakaka.
but all these facts are true. tak ada tipu tipu.

Tuesday 5 January 2010

IPod Nano

haaa..APPLE baru sahaja keluarkan barang ini. memang terbaik dari ladang rasanya.IPod nano yang baru ini ada new features.
  1. rocking a video camera,
  2. a polished anodized aluminum finish,
  3. and a larger screen. yes.
  4. making its debut: FM radio with Live Pause.
yes. a new video camera. yet still ultraportable and handy. plus,15 fun video effects video. hebat tak hebat kan for a +-40g or +-0.04kg gadget dan senipis 6.2 mm!
price pon still affordable. bleh check sendiri la kat kedai. rm450+- kot. and +-13500 yen. ya. saya nak beli 2,3 biji. ya,tamak kan.

Sunday 3 January 2010

akita's 7

ha,poster terbaik.


setelah selamat pulang ke bilik manis bilik,ada sedikit masa untuk dibuang.
cuti fuyu (winter) dihabiskan di akita untuk bersnowboard bersama rakan taulan. 4hari kot. hm. walaupun waktu singkat,actually satu perjalanan yang jauh.

first step pun diposterkan.

kerana nak saving bajet,langkah pertama bermula dengan train. train yang paling murah menjadi plihan.


tengah tunggu member.masih sempat di situ.

dah murah,semestinya lembab kan. lembab ke lembap? ah,slow la,kan senang. 3 jam lebih ok.
dah turun train,naik bas pulakkkkkk. tak sampai2 lg ni. perjalanan bas pun 3 jam jgkkkk.
dah smpai tu kat tempat member,makan makan. yela,sehari suntuk tak makan.

next day,apa lagi. aktiviti snowboard la. bertempat di yokote ski jou.


singgah sebentar makan sebab memang tak makan pagi sebelum bersnowboard.

awal awal,bersnowboard sikit,jatuh. bersnowboard sikit,jatuh. tapi makin lama makin ok la.haha. ayat nak sedapkan hati.


dah penat lelah main snowboard,next day, jalan jalan tanpa masa depan dan arah tuju. pergi jusco,lepak lepak,beli la sikit cenderahati untuk diri sendiri. yela,duit kan tak ada. last last,pergi round1,main bowling. memang suka menghabiskan duit yang tak seberapa nak ada ni.

bila malam kunjung tiba, bermula la aktiviti yang bermoral tapi agak gila. pergi tengah padang,buat snowman 3 ketul. 3 ketul tu meaning 3 orang la. baru aku tau actually nak buat snowman, kena golek2 salji dari kecik tu,sampai jadi besar. bukannya kepal kepal(betul ke word ni) macam buat aiskrim kepal.



orang salji dan keluarga.

bunyi macam senang,golek golek je kan. tapi dengan angin sejuk salji bersuhu -2 celcius,salji masuk dalam seluar baju semua, dan menjadi budak hingusan (sebab air hidung keluar tanpa disedari ye,sejuk sssssangat). nak golek bola salji tu bukan 10 meter golek terus jadi besar sedepa. ni hampir 100meter kot baru jadi besar. time bola salji kecik mmg senang la nak golek,tapi bila dah agak2 besar sepemeluk tu,nak tolak bola salji pon kena 2 orang tolak. bayangkan kalau nak buat 6,7 biji bola salji besar besar. seperti berlari maraton 5 km. hiperbola kan.


semua tengah masuk air. maka jadi begini.


setelah menggila di tengah padang,terus masuk bilik, lepak lepak,panaskan badan. then tdo bersepah sepah dalam bilik.
esok,bajet nak bangun awal,naik bas yang awal la. sebab nak balik.
bila nawaitu dah ada,dah kira bagus. sebab esok tu bangun tetap lewat dari yang dirancang. dan seperti sudah mengetahui,naik je bas yang tengah hari. bas pulak slow,sebab ribut salji. so,bila bas dah lewat,maka train the next train untuk pulang pun terpaksa cari yang lambat.

tido dalam train,sebab dah lewat,and tak ada orang.

akhirnya,hampir 10 jam,ye, 10 jam ok. baru sampai ke bilik manis bilik. ahh home sweet home.