dah lambat,lambat la. kalau lari pun still sampai lambat jugak.
so,tak perlu berlari lari anak or lari setempat. biar lambat asal selamat kan.
itu maksudnya. (ya,amat panjang,tak padan dengan 遅刻は遅刻だよ。)
tadi baharu sahaja abis 'seminar research' presentation. aku translate jadi macam tu kot.
hilang satu beban.
aku lambat 3 minit ke hall presentation tadi. haela,3minit je pun.
HA!! 3 minit je pun, semua pandang aku time aku masuk. suasana seperti "ooo,kau la yang curi kertas soalan dari bilik lecturer tu,pastu dapat 100% kan".
aku buat muka selamba. tapi memang pernah termimpi curi kertas soalan exam.
jepun sangat pentingkan masa?
itu kata orang, tapi dunia sebenar, budak2 jepun sama jugak,lambat jugak ke kelas. (tak la semua,sikit je, berbeza dengan culture orang malaysia)
lecturer ja semangat lebih ambik kedatangan. skema kan.
nasib baik presentation aku boleh dibanggakan. *bangga*
soalan bertalu talu ditanya. aku jawab satu persatu seperti sedang membaca skema jawapan.
hebat tak hebat. padahal, soalan tak faham sangat pun, main jawab ikut sedap mulut je.
sebelum presentation abis, lecturer cakap kalau orang banyak bertanya tu meaning presentation kita bagus, orang berminat apa yang kita slideshowkan. *bangga kali kedua*
okeh, masa untuk lapangkan minda dari buku buku dan notes.