Sunday, 28 February 2010

malaya oh malaya

ya, memang nak balik. tapi nak packing malas. dah la kena siap siap packing untuk pindah bilik.

dah tu, nak buat list barang nak bawak balik. ( perasan sistematik habis ) 
  1. ps3
  2. laptop
  3. external harddisk
  4. cikedis jepun/ buah tangan untuk family dan rakan taulan
  5. baju selai dua ( akan bertambah )
  6. jeans selai dua ( juga akan bertambah,jangan risau )
  7. kasut selai dua (ni memang terhad, sebab makan space )
note; 1~3 wajib,yang lain tu ikut mood.
eh, apasal macam sikit? boleh ni sumbat satu beg je semua. hahaha. 
tiap tiap kali nak balik, mesti malas nak packing. tak boleh ke kalau balik selai sepinggang?
mari kita selami soalan itu sama sama.

Thursday, 25 February 2010

rahsia rm100 facebook?

betul ke? macam tak percaya ja..dan macam tak boleh percaya ja..
sindiket penipuan? (amboih,sindiket,macm jahat sangat)
skim cepat kaya? perlu cari orang bawah macam sistem piramid?
kenapa tak boleh view detail (dalam group fb) kalau kita nak tau? cuma nak tau info je kan.

apa apa pun, be careful ok. dunia sekarang macam macam ada. bukan astro je.
ramai orang yang bijak memanipulasi (BM spm A kan) kekurangan orang lain.
just be careful.

Tuesday, 23 February 2010

hait! hait!

tu dia. askar jepun mai dah. hait hait.

exam sudah tutup akaun. kenkyuu aka research assignment pun dah siap. omakaii.
gila aku menghabiskan masa sorang sorang dengan lecturer aku sampai kul 7. orang lain habis kelas kul 3. ha,kental kan bodek lecturer.

ok. rehat bersama kit kat.



Saturday, 20 February 2010

Mana mau pigi haa

kenapa tv series chuck, the big bang theory, two and a half men tak keluar lagi torrent?
mana pi semua uploader uploader yang disegani? 
exam week ke kamu semua?
study juken ke? 
ada presentation jugak ke?
aku dah mula kebosanan menanti.
dah tahap aku download tv series lain dah ni. 
tepaksa download smallville yang aku dah skip 2 season sebab takkan habis cerita ni.

sempat pulak tu donwlad my name is khan.

aku bukan superman

aku baru tau rupanya ni budak budak ahmad dhani. 
ya,memang sedikit ketinggalan zaman.
ya ya. jauh ketinggalan.
tapi lagu yang menceriakan pagi anda. bersama saya dj anda hari ini.
sudah.
guitar chord pun dah cari. simple
.

Friday, 19 February 2010

Fuh, dan fuh lagi.

menarik nafas lega hari ini.
results exam nampak ada sinar di hujung.
lebih menarik lagi, subjek 地域計画 aka town planning kot.
ngam ngam soi lah. so tak perlu retest. haha.
siap dapat tambah markah time bodek bodek. kental tak kental kan.

Thursday, 18 February 2010

Special Thanks

current playlist
direkemenkan oleh member,mach-chan
(style pulak nama dia tulis dalam BM.)

so the band is Special Thanks.
japan's band. cute vocalis. ya. comel abis. dalam video clip lagu "never give up" dan "you say goodbye".

tapi pronounciation dia still kena improve.
but that is the way nihonjin (orang jepun) cakap in english.

aku nak letak video kat sini,tapi mana pi insert video button???
haihhhh
bleh la youtube it.

so,this is link to download : http://www.mediafire.com/?mioepvw7mxm 
7 songs. check it out.

Wednesday, 17 February 2010

al fatihah.

al fatihah kepada allahyarham bapa kepada aisyah najwa(rakan sekousen/sekolej) yang baru sahaja meninggalkan kita pada 16 feb 2010.

al fatihah. semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Tuesday, 16 February 2010

遅刻は遅刻だよ。

dah lambat,lambat la. kalau lari pun still sampai lambat jugak. 
so,tak perlu berlari lari anak or lari setempat. biar lambat asal selamat kan.
itu maksudnya. (ya,amat panjang,tak padan dengan 遅刻は遅刻だよ。)

tadi baharu sahaja abis 'seminar research' presentation. aku translate jadi macam tu kot.
hilang satu beban.
aku lambat 3 minit ke hall presentation tadi. haela,3minit je pun. 
HA!! 3 minit je pun, semua pandang aku time aku masuk. suasana seperti "ooo,kau la yang curi kertas soalan dari bilik lecturer tu,pastu dapat 100% kan"
aku buat muka selamba. tapi memang pernah termimpi curi kertas soalan exam.

jepun sangat pentingkan masa?
itu kata orang, tapi dunia sebenar, budak2 jepun sama jugak,lambat jugak ke kelas. (tak la semua,sikit je, berbeza dengan culture orang malaysia)
lecturer ja semangat lebih ambik kedatangan. skema kan.

nasib baik presentation aku boleh dibanggakan. *bangga*
soalan bertalu talu ditanya. aku jawab satu persatu seperti sedang membaca skema jawapan.
hebat tak hebat. padahal, soalan tak faham sangat pun, main jawab ikut sedap mulut je.

sebelum presentation abis, lecturer cakap kalau orang banyak bertanya tu meaning presentation kita bagus, orang berminat apa yang kita slideshowkan. *bangga kali kedua*

okeh, masa untuk lapangkan minda dari buku buku dan notes.

Monday, 15 February 2010

berbakat meniru?

anda berbakat meniru?
bakat yang sudah lama terpendam?

ni bukan meniru as in ajuk orang.
ini meniru dalam exam. haa.hebatkah anda dalam bidang ini?

sila fikir seberapa kali yang boleh sebelum meniru.
dan lakukan dengan cara meniru yang sesuai, jangan la bawak ketas A4 sekeping (toyol) masuk exam,dengan harapan orang yang jaga exam tak nampak. 
meniru pon memerlukan persediaan rapi. mental dan fizikal.
menirulah dengan cemerlang dan professional kerana bila keterreran anda dibongkar...

menyesal sudah terlambat.
nasi jadi bubur maggi.

khas untuk 亀岡、信彦、織笠.


Saturday, 13 February 2010

Kanak Riang Chinese New Year

bersempena dengan Tahun Baru Cina pada tahun ini....dah,sudah.
nak belakon jd penyimpan mohor2 besar pulak.
nah tengok apa budak zaman skarang buat.

Thursday, 11 February 2010

panas salji nye pun

keesokan exam. ada satu paper je.
tapi dah mengantok nye pun.

salji lebat pun kat luar.
notes pegang je.
harap harap bleh ingat time jawab exam nye. pun.
hadoi.

Wednesday, 10 February 2010

Berjambul kepala

tempat paling berbakteria di rumah anda, di mana? ya,di mana joe jambul.
memang berjambul kepala korang nanti. haha
tak, this is a fact ok.

the third most germiest place at home is..........

computer keyboard. ya. KEYBOARD. papan kekunci yang tengah aku tekan tekan nih.
memang. tak percaya?
sila la mempercayai nya pun. dah macam pelat cina.

Memetik kata kata ( berita jam enam) oleh Dr. Gerba, “There are about 200 times more bacteria on a keyboard than a toilet seat.” wuuuuuuuu.
Dalam pada itu ( berita jam sembilan), beliau menambah “the reason is that nobody ever cleans and disinfects a keyboard.” 
And, he adds, the more users of the computer, the more germs. ha, dah macam membeli belah di giant, lebih anda beli, lebih anda bayar!

so,anda selalu basuh tangan selepas keluar toilet or shower room, but do you do the same after touching your keyboard? maybe after this, you should. yes. you SHOULD.

FACT; Keyboards can be breeding grounds for cold germs, flu viruses and bacteria that can cause diarrhea. Best bet: Keep your hands clean! Wash them before and after using the computer. Also, clean your keyboard every week by spraying disinfecting spray onto a cloth and lightly wiping it down.


Saturday, 6 February 2010

LESS

why oh why? 
there's no combination of words 
I could put on the back of a postcard

lagu di atas tiada kaitan dengan tajuk entri.

anda tahu kenapa keyboard computer @ papan kekunci direka QWERTY...etc?
does anyone know why? does anyone ever think why? 
tidak ada kannnn.
something to do with how much letters are used?
nooooooooo 
(the longest noooo - chinese people; if you watched peter russel,u know it)
ok2.back to the topic.

It is not really accurate that the keys on a QWERTY keyboard are set out based on how much letters are used.
It is an old format that dates back to the 1870's. It was created by a gentleman named Christopher Latham Scholes, a newspaper editor. NOT PAUL SCHOLES'S great grandfather or PAUL SMITH.
He sought to arrange a keyboard in a way that keys on a typewriter keyboard would not jam. Typewriter letters were arranged on big metal bars that would jam up on early models because they would strike against each other if they were in close proximity to each other.
hm,anda semua penah ke guna typewriter?
im sure the answer is noooooo jugak. aku pernah zaman kecik kecik dulu.
tap tap tap tap bunyi dalam bilik sorang sorang.
ya,dah mula melalut sikit. 
so,to that end, Scholes actually arranged the keys based on LESS probable word combinations, not most probable.
After many years, people got so used to the QWERTY keyboard that we have yet to change over from it, although superior typing models have been introduced.

Useless, stupid holiday?

if you really love someone, why wait for one day to show it with flowers and cards?
valentine. 
same as hari hari biasa. 
pasar raya hari hari *tiba tiba.
sebab aku exam time valentine day.
ramai cakap valentine tu kristian punya apa entah.
so buat bodoh je la kan. better pergi pasar raya hari hari.